Mukadimah Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web penulis. Disini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang teknologi pembuatan bot tradisional yang unik kerana tidak menggunakan sebarang paku untuk menyiapkan sebuah kapal yang boleh digunakan untuk tujuan perikanan, perlancongan dan sebagainya. Sebelum itu, penulis ingin mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapakan laman web ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah penulis En. Hasnan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan laman web ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak menyokong dan memberi feedback tidak kira dari segi kutukan atau pujian, ianya sangat membantu penulis untuk membuat penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Dengan adanya ruangan ini, penulis berharap saudara dan saudari yang melawati laman ini dapat mengambil peluang dengan menimba serba sedikit pengetahuan baru berkaitan dengan pembuatan bot-bot tradisional yang masih beroperasi di kampung pulau duyong, Kuala Terengganu. Selain itu juga. negeri Terengganu juga terkenal dengan makanan-makanan yang lazat serta pembuatan batik yang berkualiti dan menarik. kepelbagaian budaya serta orangnya yang berbudi bahasa menggamit lagi suasana setiap pengunjung yang datang melawat disini. Dibawah ini ada video tentang bot kayu di terengganu. |
Peta Lokasi
Pautan LuarPengunjung |
getbox! Not seeing a widget? (More info)