Alat-alatan
Membuat bot bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kepakaran dan alat yang betul bagi memastikan bot itu dapat berfungsi dengan baik. kepakaran tertentu juga amat diperlukan dalam penghasilan sesuatu bot, khususnya bot kayu tradisional ini. Okey, dalam ruangan ini, penulis ingin berkongsi tentang alat-alat yang digunakan untuk membuat bot ini. jom kita tengok!!!
Dalam pembuatan bot kayu tradisional ini, pemilihan kayu merupakan perkara paling penting. Hanya kayu yang tahan lasak dan berkualiti sahaja yang dipilih untuk membina bot. Pilihan kayu yang terbaik adalah seperti kayu cengal atau balau. kayu cengal merupakan kayu yang tahan lasak dan keras, serta sesuai untunk pembinaan bot dan juga rumah. Hal ini adalah kerana ianya paling tahan cuaca. Sebelum kayu-kayu ini dibuat rangka, ianya perlu dikeringkan dulu. Menurut En. usop (tukang bot), kayu ini dikeringkan supaya air yang berada di dalam kayu tersebut tersejat dan ketahanan kayu itu akan semakin meningkat dan tidak mudah reput.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu pasak kan? oleh itu penulis ingin menerangkan sedikit tentang pasak ini. pasak merupakan paku kayu atau paku yang diperbuat daripada kayu. Fungsinya adalah untuk mencantumkan papan dengan papan yang lain. penggunaan pasak ini telah lama digunkan. Ianya merupakan teknologi nenek moyang kita pada zaman dahulu. Betapa canggihnya nenek moyang kita dahulu kan?
Kalau saudara ingin tahu semua, ini adalah mesin pasak yang digunakan oleh En. usop (tukang bot) untuk membuat pasak kayu atau paku kayu. Proses membuat pasak kayu ini tidak susah dan tidak memakan masa yang lama untuk menyiapkan satu batang pasak. Penulis juga sempat mencuba membuat pasak kayu sendiri, dan hasilnya memang menakjubkan dan diperakui oleh En. usop.
Sudah pasti ramai yang tidak mengetahui apakah benda ini. Ini merupakan kulit pokok gelam.kulit pokok gelam ini diletakkan dicelah-celah antara dua papan. Ianya bertujuan menghalang kemasukkan air dan meningkatkan ketahanan bot dari mereput dalam air. Hal ini sudah lama terbukti, kerana pembuat kapal zaman dahulu menggunakan kulit pokok gelam ini.
Disini kita dapat lihat kulit pokok gelam diletakkan dicelah-celah papan bot.
Mesin ini dipanggil chainlock. Fungsinya ialah untuk menarik 'body' kayu dan mengukuhkan struktur binaan terutamanya di atas dek.
Alat ini dipanggil Apit G atau Apit G besar. Ianya adalah kerana saiznya yang besar dan digunakan dalam pembinaan yang besar contohnya seperti pembuatan kapal, dan kerja-kerja kayu yang lain. Apit G ini berfungsi untuk melentur struktur kayu mengikut alur kayu bot tersebut. Kayu yang dilentur akan dipasak supaya ia lebih kukuh dan teguh Proses ini amat memakan masa yang agak lama. Namun, hasilnya amat memuaskan dan tahan lama
En. Usop sempat menunjukkan kepada penulis bagaimana kaedah untuk melarik dan melenturkan kayu yang keras supaya menjadi bengkok seperti di dalam gambar. Proses ini amat memakan masa dan tenaga.