Bahagian-Bahagian Bot
Dalam ruangan ini, penulis ingin berkongsi dengan saudara dan saudari tentang bahagia-bahagian yang ada pada bot. En. Usop berkata, bahagian bot dibahagikan kepada tiga iaitu bahagian depan, dek, dan bahagian bawah. Bahagian depan merupakan kepala bot. Dek pula merupakan bahagian atas bot yang menjadi lantai kepada bot tersebut. Manakala bahagian bawah pula menempatkan tangki minyak, enjin, dan jentera kuasa elektrik. Jom lihat gambar-gambar bahagian bot yang penulis sediakan.